Tuesday, October 27, 2009

Cherish all the precious moment

demi masa! Manusia itu dalam kerugian. Kerana mengejar masa dunia, kita tak sedar akan segala keciciran disamping kita. Aku melihat,
ada ayah yang dahagakan kasih sayang anak-anaknya, tapi tanpa sedar, dulu anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah. Peluk cium pun tak pernah, lepas tu ada hati nak anak-anak peluk cium dia plakk...

Ada suami yang mahu belai manja isteri.... itu ler masa muda-muda dulu sibuk dengan benda lain, sibuk dengan kawan2, kerja, hobi..bila dah tua, tulang dah reput baru la dok ingat kat bini.. bini punya setia ( tak ubah cam bibik) langsung tak dihirau.. bini pun malas nak layan dah main dengan cucu lagi baik... makan hati ler si suami.

sambung kemudian ler.....

Saturday, October 24, 2009

Demi Masa manusia itu dalam kerugian....

hari ni banyak tido daripada hidup.. dah rugi byk masa2 untuk diisi. Dulu memang aku paling suka tido, tapi rahmat Allah kurniakan Aiman padaku, tido bukan lagi keperluan utama bagi ku, in fact kalo tido banyak badan rasa tak sihat, lenguh2 .. tambahan..jiwa pun mula jadi malas....

Bila difikir demi masa, memang banyak kerugian dalam hidup. tapi masih belum terlambat untuk mengatasi kerugian itu. Asalkan ada kesedaran dan usaha untuk berubah kepada yang lebih baik.
Ya Allah.. bantulah kami untuk kami menjadi ibu bapa yang terbaik mendidik anak kami.. kerana aku tahu, kami masih belum lagi insan contoh buat Aiman

Friday, October 23, 2009

KickStart!

Malam ni duk pikir-pikir bila nak start keje balik ni.. keje apa? Nak apply kat mana? Bila? Mami pun duk sedih benarnya tgk aku tak keje, but jiwa ni masih malas.. belum rela nak tinggalkan aiman.. nak letak dia kat nursery ke? huishhh..... Tapi itu ler... income sendiri mesti ada, tak boleh letak seratus peratus kat suami jer..

Kalo tak keje.. nak ada income cmana? bisnes? nak wat bisnes apa? Bukan x reti biz, tapi x penah cuba.. I'm such a spoilt brat. Masa belajar dulu langsung aku tak terfikir nak wat biz, ye lar join avon ke, nutri metic ke.. fikiran aku masih sempit masa tu dengan memikirkan modal yang aku kena keluarkan untuk wat biz.. padahal bukannya mahal pun.. bodoh tul..... xpe le.. pengalaman mematangkan fikiran. tapi aku ni memang bukan otak bisnes.

Nak tulis buku... hmm yang dulu pun lum sempat print habih kena dek virus.. gpun, bukannya minat pun menulis...

Hobi.. hmm aku ada hobi ker.. Ntah
dari kecil sampai besar, aku suka jaga baby.. masa sekolah rendah kak ipar aku dah kasi aku jaga baby dia.trusted! heran gak aku skang ni, budak sekolah menengah pun lum tentu tau jaga baby.
Mungkin sebab tu ler aku best tak keje sekarang ni, duk rumah jaga Aiman, sikit pun tak susah bagi aku. Alhamdulillah. Hmm kan best kalo leh jana income dari situ.. so, bukak nursery ke? leceh la nursery.. Bukan untung sangat pun. Bukan nak berfikiran negatif. tapi aku dah wat calculation, byk letih pd untung.

nanti le.. wat bisnes plan di alam khayalan .. ahak! time hubby keje malam gni.. sokmo susah tido awal.. ahak!ahak!