lama dah tak mengkreatifkan diri... a bit rusty... nanti cuba adjust lagi.. this is just testing.....Monday, December 21, 2009
My Heart My Soul
lama dah tak mengkreatifkan diri... a bit rusty... nanti cuba adjust lagi.. this is just testing.....Wednesday, November 04, 2009
kb-paka
29th october balik kampung bcoz hubby off days empat hari.. excited la jugak walaupun bukan nyer ada mende nak buat pun kat kampung tuh..
But, tang kelik dari kb ke paka plak byk hal nya...
dah dua tiga kali ni, aiman u-uk dalam keta termasuk la hari ahad hari tu.. elok2 sampai kuala terengganu, bau la haruman semerbak menusuk masuk sampai ke kepala. Elok2 dah lepas stesen petronas merang, tempat favorite aku, dia pun u-uk....
So, abahnya pun bawa ler ke tempat tandas ekslusif kat dataran shahbandar, sebab xtau nak pi basuh kat mana, mujur le.. memang eksklusif tempat dia But si aiman je yang meraung bagai nak rak sampai seme yang masuk toilet toleh kat aku... agaknya meka ingat aku dera budak kot.he he
Alhamdulillah, selesai la jugok biarpun aku ni terbasah la jugok dok perang dengan aiman.
Then, kami pi shopping kat mydin then pi cari makan, perut dah lapar, tup-tup pi makan kat merchang sana haa...
Then, sampai kat rantau abang, tayar bocor plaks.. pukul 10.20 malam. gelap gelita, tapi ada la lampu jalan yang membantu. Hubby pun dengan macho dan selambanya, pi ler tukar tayar keta. Hehe.. rupanya dia xtau bukan senang nak buka nat tayar by hand... kui kui kui... Kat seberang jalan ade le dua tiga orang anak muda dok lepak.. hampeh meka wat xtau jer.. setengah jam lepas tu baru ler ada sorang datang mai jenguk. Mau sejam hubby ku menggodek tayar dan Alhamdulillah berjaya juga. Aiman dok meraung2 dalam keta, abah dia tak kasi keluar.. At last, dapat keluar jugak... So sapa menang? Aiman menang! Yea!!
Apa-apa pun.. every situation yang membebankan dan menyusahkan kami, membuat aku muhasabah pada diri.. mana tau kalo2 kami ada wat sapa2 kecik hati esp hati mak ayah.. becoz dalam byk2 hati, hati meka ni kalo terasa memang hidup kita takkan senang dunia akhirat
Tuesday, October 27, 2009
Cherish all the precious moment
ada ayah yang dahagakan kasih sayang anak-anaknya, tapi tanpa sedar, dulu anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah. Peluk cium pun tak pernah, lepas tu ada hati nak anak-anak peluk cium dia plakk...
Ada suami yang mahu belai manja isteri.... itu ler masa muda-muda dulu sibuk dengan benda lain, sibuk dengan kawan2, kerja, hobi..bila dah tua, tulang dah reput baru la dok ingat kat bini.. bini punya setia ( tak ubah cam bibik) langsung tak dihirau.. bini pun malas nak layan dah main dengan cucu lagi baik... makan hati ler si suami.
sambung kemudian ler.....
Saturday, October 24, 2009
Demi Masa manusia itu dalam kerugian....
Bila difikir demi masa, memang banyak kerugian dalam hidup. tapi masih belum terlambat untuk mengatasi kerugian itu. Asalkan ada kesedaran dan usaha untuk berubah kepada yang lebih baik.
Ya Allah.. bantulah kami untuk kami menjadi ibu bapa yang terbaik mendidik anak kami.. kerana aku tahu, kami masih belum lagi insan contoh buat Aiman
Friday, October 23, 2009
KickStart!
Kalo tak keje.. nak ada income cmana? bisnes? nak wat bisnes apa? Bukan x reti biz, tapi x penah cuba.. I'm such a spoilt brat. Masa belajar dulu langsung aku tak terfikir nak wat biz, ye lar join avon ke, nutri metic ke.. fikiran aku masih sempit masa tu dengan memikirkan modal yang aku kena keluarkan untuk wat biz.. padahal bukannya mahal pun.. bodoh tul..... xpe le.. pengalaman mematangkan fikiran. tapi aku ni memang bukan otak bisnes.
Nak tulis buku... hmm yang dulu pun lum sempat print habih kena dek virus.. gpun, bukannya minat pun menulis...
Hobi.. hmm aku ada hobi ker.. Ntah
dari kecil sampai besar, aku suka jaga baby.. masa sekolah rendah kak ipar aku dah kasi aku jaga baby dia.trusted! heran gak aku skang ni, budak sekolah menengah pun lum tentu tau jaga baby.
Mungkin sebab tu ler aku best tak keje sekarang ni, duk rumah jaga Aiman, sikit pun tak susah bagi aku. Alhamdulillah. Hmm kan best kalo leh jana income dari situ.. so, bukak nursery ke? leceh la nursery.. Bukan untung sangat pun. Bukan nak berfikiran negatif. tapi aku dah wat calculation, byk letih pd untung.
nanti le.. wat bisnes plan di alam khayalan .. ahak! time hubby keje malam gni.. sokmo susah tido awal.. ahak!ahak!
Monday, August 31, 2009
cas positif
Nampak tak imej kat atas. What did you see? Many of us will say "it is a black dot". Ingat lagi semasa Cikgu Ng, my perdagangan teacher, drew a small dot on a piece of paper and asked allTuesday, August 11, 2009
INFLUENZA A H1N1
INFLUENZA A H1N1
Terkini pada hari ini, dah 32 kematian akibat daripada swine flu ni, dengan rekod hari ni enam kematian. For me, this is serious, but still not much we know about the disease. Oleh itu, here a little info about this devil viruss..
INFLUENZA A HINI tersebar melalui manusia-ke-manusia, lebih kurang sama sebagaimana penyebaran demam selsema biasa. Kebanyakan manusia yang mempunyai tubuh badan sihat yang dijangkiti virus ini, mempunyai kemungkinan tinggi untuk sembuh tanpa memerlukan sebarang rawatan perubatan. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti diabetes, asthma, penyakit ginjal dan jantung, adalah merbahaya. Begitu juga bagi ibu-ibu mengandung, warga emas berumur lebih 65 tahun dan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, mereka yang mempunyai daya imunisasi yang rendah.
SIMPTOM INFLUENZA A H1N1
- Mempunyai simptom seperti selsema biasa seperti hidung berair/tersumbat, demam dan sakit badan
- sakit tekak
- loya
- muntah-muntah
- cirit-birit.
Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, maka wajib anda berada didalam rumah sehingga demam surut ( dan juga 24jam selepas demam surut) kecuali untuk ke klinik atau hospital, elakkan daripada bertemu sesiapa sahaja untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Namun, sekiranya tanda-tanda ini berlaku, maka anda harus segera ke hospital iaitu :
Bagi kanak-kanak:
- Sukar bernafas / bernafas terlalu cepat
- kulit kebiruan atau kelabu
- tidak minum banyak air
- muntah yang teruk
- tidak bangun/ berinteraksi
- tidak mahu dipegang
- simptom selsema sembuh tetapi diikuti demam dan batuk
Bagi Orang Dewasa :
- sesak nafas
- sakit/tekanan pada dada dan abdomen
- pening dengan tiba-tiba
- confusion
- muntah yang teruk
- simptom selsema sembuh tetapi diikuti demam dan batuk
LANGKAH PENCEGAHAN
- Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu semasa bersin
- Basuh tangan menggunakan sabun dan air terutama selepas bersin atau batuk
- Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut untuk mengelakkan penyebaran kuman
- Elakkan daripada mendekati pensakit influenza A H1N1
- Sekiranya dijangkiti, jangan keluar daripada rumah sekurang-kurangnya 24jam selepas demam sembuh kecuali untuk mendapatkan rawatan.
Sunday, August 09, 2009
Jalan-jalan cari lauk
So, kami p pasar dungun, suspen jugek memandangkan selsema tut-tut ada melanda dungun buat sementara waktu, so kena ambik precaution, mesti jaga kebersihan tahap extra.
Nothing to buy except groceries, he he..... groceries pun.. mau penuh satu kereta.
Then balik ikut jalan pantai.. si kecik dah mula merimau, tadi excited tgk orang main 'ndo', now baru teringat nak makan.. apalagi, ibu mithali, dalam kereta pun jadik... he he.. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.
Monday, August 03, 2009
BALIK KAMPUNG
Nothing interesting happened just that we stop by at Penarik and have kelapa muda (young coconut?) drink and SCT. The gerai serve a wonderful meal wh hubby pick a very large sotong, one just enough for the two of us. Of course si kecik belum boleh makan sotong, so dia tengok je la. Hmm... The interesting part about the gerai is that, penuh lalat satu kedai! Dari siling sampai ke lantai. Dan kami menikmati makanan pulak dengan penuh berselera sekali! heran tul...
Apapun, hubby dah tido, sian my darling hubby, dah la semalam keje syif malam now kena drive jauh plak.. penat dia.