INFLUENZA A H1N1
Terkini pada hari ini, dah 32 kematian akibat daripada swine flu ni, dengan rekod hari ni enam kematian. For me, this is serious, but still not much we know about the disease. Oleh itu, here a little info about this devil viruss..
INFLUENZA A HINI tersebar melalui manusia-ke-manusia, lebih kurang sama sebagaimana penyebaran demam selsema biasa. Kebanyakan manusia yang mempunyai tubuh badan sihat yang dijangkiti virus ini, mempunyai kemungkinan tinggi untuk sembuh tanpa memerlukan sebarang rawatan perubatan. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti diabetes, asthma, penyakit ginjal dan jantung, adalah merbahaya. Begitu juga bagi ibu-ibu mengandung, warga emas berumur lebih 65 tahun dan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, mereka yang mempunyai daya imunisasi yang rendah.
SIMPTOM INFLUENZA A H1N1
- Mempunyai simptom seperti selsema biasa seperti hidung berair/tersumbat, demam dan sakit badan
- sakit tekak
- loya
- muntah-muntah
- cirit-birit.
Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, maka wajib anda berada didalam rumah sehingga demam surut ( dan juga 24jam selepas demam surut) kecuali untuk ke klinik atau hospital, elakkan daripada bertemu sesiapa sahaja untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Namun, sekiranya tanda-tanda ini berlaku, maka anda harus segera ke hospital iaitu :
Bagi kanak-kanak:
- Sukar bernafas / bernafas terlalu cepat
- kulit kebiruan atau kelabu
- tidak minum banyak air
- muntah yang teruk
- tidak bangun/ berinteraksi
- tidak mahu dipegang
- simptom selsema sembuh tetapi diikuti demam dan batuk
Bagi Orang Dewasa :
- sesak nafas
- sakit/tekanan pada dada dan abdomen
- pening dengan tiba-tiba
- confusion
- muntah yang teruk
- simptom selsema sembuh tetapi diikuti demam dan batuk
LANGKAH PENCEGAHAN
- Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu semasa bersin
- Basuh tangan menggunakan sabun dan air terutama selepas bersin atau batuk
- Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut untuk mengelakkan penyebaran kuman
- Elakkan daripada mendekati pensakit influenza A H1N1
- Sekiranya dijangkiti, jangan keluar daripada rumah sekurang-kurangnya 24jam selepas demam sembuh kecuali untuk mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment